Tungku
BERTUNGKU
Bertungku bukan hanya untuk ibu dalam pantang. Boleh juga diamalkan oleh wanita atau lelaki pada bila-bila masa.
Manfaat amalkan bertungku:
Mengurangkan rasa sengal-sengal badan
Melancarkan peredaran darah
Mengurangkan rasa sakit
Melembutkan otot yang keras dan tegang
Meningkatkan metabolisme badan dan perpeluhan
Membantu untuk memecah lemak
Mengempiskan perut yang kembung dan buncit
Melawaskan pembuangan jika ditungku di perut
Bila nak bertungku?
Bila-bila masa juga boleh dilakukan bertungku sebagai cara mengurangkan stress dan menyegarkan badan
Terdapat beberapa jenis tungku yang boleh digunakan. Kesemuanya mempunyai manfaat dan fungsi yang hampir sama.
Tungku Pijat
Tungku Pijat digunakan sebagai alatan untuk mengurut. Boleh digunakan pada bila-bila masa.
Ia boleh terus digunakan atau dipanas kering dengan bekas seramik.
Cara Menggunakan Tungku Pijat
Keluarkan dari Tungku Pijat dari bekas dan letakkan di atas bekas seramik selama 1 minit untuk pemasaran. Tidak perlu basahkan. Elak meletak tungku diatas bekas seramik terlalu lama menyebabkan kain terbakar. Cukup sekadar mahu memanaskan tungku dalam masa 1 sahaja.
Setelah panas. Ambik tungku dan tekapkan dan golekkan dibahagian badan yang mahu ditungku.
Ia sesuai digunakan sebagai Tungku untuk membantu
Melegakan sakit perut
Mengurangkan sakit belikat
Mengeluarkan angin dalam perut
KEGUNAAN LAIN:
Lancarkan susu ibu: Sekiranya ibu menyusu mengalami bengkak susu. Boleh digunakan untuk menuam sekitar payudara untuk lancarkan susu.
Juga boleh dituam dibahagian belikat untuk merangsang saraf
Harga:
RP: RM25
Tungku Herba Batu
Tungku Herba mengandungi ramuan herba yang premium. Tungku ini boleh digunakan pada bila-bila masa.
Kebaikan Tungku Herba:
Melancarkan peredaran darah
Menyegarkan badan yang letih dan lesu
Menghangatkan badan
Terapi aroma herba daripada tungku ini membantu mengurangkan stress
Melegakan sengal-sengal badan
Cara Menggunakan Tungku Herba:
KUKUS: Panaskan pengukus. Basah bahagian ball tungku. Kukus selama 10 minit untuk memanaskan tungku, Selepas itu bolehlah dituamkan ke seluruh badan mengikut keperluan.
BONUS: Tungku ini mengandungi black stone yang membantu mengekalkan haba panas lebih lama.
PENYIMPANAN: Sebaiknya satu tungku digunakan oleh seorang individu sahaja untuk menjaga kebersihan. Basuh ball tungku selepas digunakan dan keringkan.
Boleh simpan didalam bekas dan masukan peti ais untuk kegunaan akan datang.
Boleh digunakan sehingga 10x sesi
Harga:
RP: RM42
Tungku Besi 2kg
Bertungku merupakan amalan tradisional selepas bersalin. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.
Tungku besi lebih cepat dipanaskan berbanding tungku yang lain.
Jika dipanaskan. Api ditutup terlebih dahulu dan tungku direhatkan selama 5 minit untuk mengelak kain yang membalut tungku rosak atau terbakar.
Kebaikan Tungku Besi:
Melancarkan peredaran darah
Memecah lemak jika kerap amalkan tungku
Mengurangkan rasa sakit pada bahagian badan
Mengecutkan rahim
Jika dipanaskan. Api ditutup terlebih dahulu dan tungku direhatkan selama 5 minit untuk mengelak kain yang membalut tungku rosak atau terbakar.
Cara Menggunakan Tungku Besi:
PANASKAN: Panaskan dengan api kecil selama 30 minit. Tutup api, Biarkan sebentar supaya tungku tidak terlalu panas
ALAS DAUN: Boleh masukan daun herba seperti daun mengkudu atau apa-apa daun herba ke dalam sarung tungku besi atau atas kain batik sebelum meletak Tungku Besi.
Boleh taburkan Ratus wangi perawan atau ibu tangas untuk mengharumkan bau tungku. Sesetengah ibu tidak tahan bau daun mengkudu. Dengan cara ini. Ia membantu ibu merasa lebih selesa semasa proses bertungku.
Harga:
RP: RM45